Thursday, November 10, 2011

Seronoknya!

         Salam sejahtera.Jadi saya sudah habis sesi persekolahan bagi 2011 pada petang tadi.Sekarang saya sedang menunggu hari yang amat saya nantikan iaitu 18 November 2011 sempena kem pengakap saya (kem usaha).
Ia adalah kem selama 5 hari 4 malam di Templer's Park.Dengar kata, kem ini adalah kem yang paling menyeronokkan.Harap-harap begitulah.
           Pada hari Jumaat ini,saya telah dijemput ke sekolah rendah saya,SK Taman SEA untuk menerima sijil sebagai tanda perhargaan kerana mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR yang lalu.Jadi itu sajalah untuk hari ini.




AFIFTWIJA

Saturday, November 5, 2011

1 KIAMBANG THE MOVIE (AFIQ@AFIF).wmv


Hai semua! Ok.Ini adalah video yang dibuat oleh saya dan rakan saya untuk Project ICTL.Enjoy!

Friday, October 14, 2011

Ending Of 2011

     Hai semua!Lamanya saya tak update blog ini.Jadi yang petama sekali,saya baru buat akaun Twitter 2-3 bulan yang lepas.Ini username saya, AfifTwija666.Sekarang saya sudah 'ketagih' dengan Twitter.Hari-hari tak sah kalau tak tweet.
    Seterusnya,dalam masa 1 minggu lagi saya akan mulanya peperiksaan akhir tahun.Selepas itu, cuti selama 1 minggu sempena perayaan Depaavali dan disambung dengan peperiksaan hingga hari khamis 2 minggu lagi.Tak sabarnya nak habis exam!Lepas exam,'No Books,Just Party!' Haha.

     Baru hantar projek I.T.Dah dekat 2 bulan baru siap.Saya dan rakan dikehendaki membuat satu video menggunakan Movie Maker .Saya juga baru hantar kerja kursus untuk subjek Kemahiran Hidup iaitu menjahit apron.Dua-dua siap tepat pada masa yang diberi.Alhamdullilah.
     Tahun 2011 akan berakhir tidak lama lagi dan tahun depan saya akan melangkah ke alam kehidupan yang baru.Jadi itu saja untuk hari ini.Asalam dan bye.






AFIFFAIQTWIJA

Sunday, September 4, 2011

V-logging VS Blogging!

Salam sejahtera saya ucapkan.Dalam tampalan ini saya ingin bertanyakan  pendapat pembaca diantara V-logging dan Blogging mana satu lebih mudah meluahkan ekspresi diri? V-logging bermaksud video blogging. 

Sila berikan komen.Terima Kasih.

AFIFTWIJA

Sunday, August 21, 2011

My Boredom Turns Into Something Great


Semalam,semasa saya tengah dalam kebosanan,saya ternampak sekeping kertas A4 diatas meja saya.Jadi saya mengambil keputusan untuk melukis.Pada mulanya saya tidak tahu apa yang patut saya lukis.Pada akhirnya,saya melukis beberapa character dari cerita animasi 'THE SIMPSONS' dan juga beberapa character cartoon berpandukan emosi.

Inilah hasilnya.......


AFIFTWIJA

Saturday, August 20, 2011

I'm Back!!!

Jadi selepas beberapa bulan,saya mengambil keputusan untuk update blog ini.Perkara yang pertama,Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam.Moga anda diberkati dan dikasihi Allah S.W.T .
Keduanya,pada malam semalam sekolah saya (SMK Damansara Utama) telah menganjurkan acara berbuka puasa.Saya bersama keluarga serta kawan-kawan berbuka,solat terawikh dan lain-lain bersama-sama.Ia amat menyeronokkan.Lagi-lagi berbuka dengan kawan.



AFIFTWIJA

Saturday, June 25, 2011

Hari Sukan SMK Damansara Utama



Pada hari Khamis yang lalu,SMK Damansara Utama telah menganjurkan Kejohanan Sukan Tahun ke-14 di Stadium MBPJ,Kelana Jaya.Saya telah menyertai perbarisan Rumah Ungu.Setelah 2 minggu kami berlatih inilah hasilnya.Klik di sini.Kami telah memperoleh tempat pertama dalam perbarisan.Ini ada beberapa gambar pingat yang diperoleh.